Trip to Melbourne 1st day

by - 6:56:00 AM

Hi again , last year aku ke Melbourne dengan adik-adik aku. Kiteorg plan nak bercuti lama dah that time since kiteorg dah habis study kan so kira macam celebrate la. This time kiteorg memang plan trip low budget yang mmg sangat low sebab last minute plan nak ke sana. Kiteorg plan nak berjalan tapi tak decide nak ke mana lagi that time. After buat research sume, kiteorg pilih Melbourne. Masa tu pun musim sejuk and kiteorg pergi 2 days before nak puasa. Saje nak cuba berpuasa kat negara orang. haha.


Okay, this time aku just nak share pasal tempat yang kiteorg pergi je sebab aku dah share itinerary kat facebook . 




KUL to MEL

Let's start our journey..

Aku dan adik-adik aku naik flight malam so kiteorg boleh tidur then sampai kat Melbourne boleh terus pergi jejalan. That's the plan la. 



Kiteorg sampai kat sana pagi and owner rumah yang ambil kiteorg kat airport. For those yang perlukan pengangkutan or tempat tinggal masa kat sana boleh contact rantau. Owner dia  Cik Amalina and dia sangat friendly then dia banyak bantu kami masa kat sana. Always reply whatsapp bila kami tanya tentang tempat kat sana. Thank you so much ! 

Bilik untuk 3 orang

Area luar rumah.



Kiteorg sampai terus masak for lunch then siap-siap untuk keluar. Oh, kalau korang stay kat homestay ni kau boleh masak dan semua peralatan dah disediakan. Amalina juga bagi kiteorg permission untuk masak apa yang ada kat situ tapi kiteorg refill balik la bila pergi grocery. Lepas zohor kiteorg gerak keluar. 

Untuk hari pertama, mostly kiteorg jalan-jalan kat bandar dia je and aku jumpa kawan aku yang aku kenal masa program uni. Dia dgn keluarga dia berpindah ke Melbourne and luckily masa aku sampai tu dia tak ada kelas. Dia la bawa kiteorg jejalan kat bandar tapi masa tu dah petang so tak pergi banyak tempat pun and masa tu winter so waktu gelap kat sana cepat.

Aku stay kat area Coburg. Situ kau boleh naik train or tram. Paling dekat dengan kawasan rumah kiteorg tram tapi tram banyak pit stop la. Tapi best sebab kau boleh tengok bandar dia.

  • Flinders street railway station
From Coburg, kami naik train ke Flinder street railway station. Macam area KL Sentral la sini, and keluar je jumpa bandar Melbourne. Kat sini korang boleh amek gambar and jejalan ke few tempat tarikan. 








  • Hosier lane
Ada 1 street kat area Flinder ini yang popular dengan art dia. That time kiteorg guna google maps je and kiteorg duk ulang alik tempat sama juga la sebab tak jumpa pun art tu rupanya art ni kat lorong kecil jeeee okayyyy. hahaha. So masa korang cari tu, sila peka kiri kanan. Btw, flinder station ni banyak kuar masuk dia so tanya staff situ mana nak kuar kalau nak ke sini :) 




Ah ni la kawan aku yang aku kenal masa program uni. Thank you Jessica <3 Dia datang lepas habis kerja part time. terharuuuu. haha

  • National Gallery of Victoria
Kawan aku bawa ke sini sebab it's FREEEEE. haha . Tapi best sebab exhibition situ selalu bertukar so kau akan visit benda baru la not the same exhibition. 





  • State Library Melbourne
From flinder station tu, kau boleh jalan kaki je masuk mall kat situ sampai ke library ni. Tapi jalan dia berbukit so kalau tak larat naik je tram sebab Free Tram Zone.




Okay settle berjalan sume, kiteorg pergi solat kat Mercy Mission Madinah then balik ke Coburg.

P/S- kalau kau dah tahu kau kat Free Tram Zone , kau tak payah touch card myki kau tu tau. kalau kau touch dia memang akan tolak duit kau.


Aku akan sambung the next day kat post baru okay :)






You May Also Like

0 comment