Baksis Di Terengganu

by - 10:24:00 AM

Alhamdulillah, Zihah berkesempatan untuk post pasal baksis haritu. Okay, pada 25 September sampai 28 September Zihah telah pergi Terengganu untuk program bakti siswa atau lebih dikenali sebagai Baksis. Program ini adalah program daripada kelab penyayang,UUM .

Pada hari pertama, kami telah pergi UMT dan di situ mereka telah berkongsi dengan kami tentang pengalaman mereka di Cambodia. Kelab penyayang di UMT adalah kelab penyayang no.1 dalam kalangan kelab penyayang di semua IPTA. Selepas itu, kami telah pergi ke SMK Bukit Besar,Terengganu untuk memberi motivasi kepada semua pelajar STPM. Di situ, Zihah telah kena seorang adik bernama syahira. Dia seorang yang agak pemalu tapi kami mempunyai banyak persamaan ohh so senang nak bercakap dengan dia dan Zihah ada juga bagi sikit nasihat supaya dia tidak terlalu stress sebab STPM kan dah nak dekat :) Dear adik syira, buat final exam elok-elok okay :)

Selepas itu, kami telah pergi ke Kg.Gelugor Raja untuk program anak angkat :) di sana, Zihah dan Ekin telah menjadi anak angkat kepada mak kami .Mak seorang yang sangat peramah dan sangat baik hati. Mula-mula Zihah rasa sangat segan sebab yelah first time jumpa dah jadi anak angkat kan .hehe .Tapi sebab layanan mak yang mesra buat Zihah rasa diterima dan yes jujurnya Zihah ambik masa juga nak terima :) Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan banyak pengalaman Zihah terima semasa tinggal di sana .Ohh, Zihah drive kereta manual kat sana okayyyy and bawa motor lagi ~jalan-jalan sekitar kampung .Sangat besttt walaupun sekejap sebab jadual kami sangat la padat time tu .hehe . Dear Mak, harap-harap lepas ni kita akan berjumpa lagi :) inshaAllah kalau saya balik kg,saya singgah rumah mak :)

Zihah berasa bersyukur dan gembira sebab dapat join program yang sangat bermakna ini dan disebabkan program ini la Zihah telah berkenalan dengan ramai senior-senior yang baik hati (Kak Murni, Kak Maiza, Kak Nurul, Kak Fizah) dan kenal jejaka-jejaka yang tak ada lah handsome sangat.hahaha.

Thank you for the memories :)




You May Also Like

0 comment